RANTAU PANJANG – Pasar air Sungai Golok masih melepasi paras amaran meskipun cuaca semakin cerah hari ini berbanding semalam.
Menurut portal infobanjir.water.gov.my setakat pukul 11 pagi tadi, paras air menunjukkan bacaan air Sungai Golok masih bertahan seperti semalam iaitu 9.4 meter.
Sementara itu, mengikut laporan Jabatan Kebajika Masyarakat (JKM) Kelantan menerusi aplikasi Info Bencana Banjir menunjukkan, seramai 22 mangsa dari lima buah keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.
Kesemua mangsa ini dari Kampung Gual Tok Deh yang berpindah selepas rumah mereka ditenggelami banjir sejak semalam. – K! ONLINE