fbpx

Lima lagi lokaliti dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA- Sebanyak dua lokaliti di Perak dan tiga lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pelaksanaan PKPD Di Zon A, Taman Klebang Jaya Dan Taman Pinji Mewah, Ipoh bermula 1 Disember (esok) sehingga 14 Disember.

“PKPD Zon A, Taman Klebang Jaya melibatkan 1,061 buah rumah dengan seramai 4,244 penduduk.

“PKPD Taman Pinji Mewah melibatkan 1,430 buah rumah dan 44 unit kedai dan pejabat dengan seramai 5,720 penduduk,” katanya pada sidang akhbar harian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Di Sabah, PKPD dilaksanakan di Pusat Tahanan Sementara Sibuga, Sandakan bermula 2 Disember sehingga 15 Disember melibatkan 1,209 individu terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 kakitangan.

“Pelaksanaan PKPD di kampung Desa Bajau Dan Kampung Dasar Baru, Lahad Datu bermula 2 Disember sehingga 15 Disember melibatkan 914 buah rumah dengan 4,934 penduduk,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI