fbpx

Poligami, ‘isteri misteri’ Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHANAAZ bersama isteri-isterinya dalam drama Isteri MIsteri.

JIKA diajak berbincang tentang isu poligami, jarang sekali perkara berkenaan menemui haluan perbincangan dalam suasana harmoni tanpa menimbulkan perbalahan.

Dalam media sosial terutamanya, kepincangan isu poligami sering menjadi titik tolak kepada perdebatan hangat ramai pihak sama ada bersetuju mahupun tidak.

Menyedari isu sebegitu cukup berat bagi masyarakat, sebuah drama bersiri hasil kerjasama antara platform penstriman Viu dengan Primeworks Studio berjudul Isteri Misteri hadir sebagai bahan hiburan untuk penonton.

Isteri Misteri merupakan karya komedi romantik, namun memaparkan isu poligami antara seorang lelaki dengan tiga isterinya dalam versi penceritaan yang ringan.
Isteri Misteri mengisahkan Rizal yang mempunyai tiga orang isteri iaitu pertama, Emma (Tiz Zaqyah), kedua Yatie (Sharifah Sakinah) dan ketiga Lisa (Azira Shafinaz).

RIZAL (tengah) lakonan Sharnaaz Ahmad hidup dalam ketakutan selepas cuba dibunuh oleh isteri sendiri.

Pelakon Azar Azmi pula memainkan watak setiausaha kepada Rizal yang bernama Jun.

Dia banyak membantu Rizal menutup rahsia hubungan daripada dihidu ketiga-tiga isterinya.

Berpeluang menemu bual barisan pelakon drama berkenaan, Sharnaaz Ahmad secara maya baru-baru ini, bapa kepada seorang anak itu menyifatkan peluang berlakon dalam drama berkenaan adalah satu pengalaman menarik.

Akui Sharnaaz, biarpun mempunyai jalan cerita berunsur komedi, Isteri Misteri turut disulami banyak mesej yang positif untuk diambil iktibar penonton.

“Jalan cerita drama ini memang sangat unik. Sebab Rizal ada banyak isteri dan setiap seorang daripada mereka ada karakter masing-masing.

“Sejujurnya saya memang seronok bawa watak suami beristeri ramai.

“Cuma perkara poligami kalau dibincangkan ada banyak pro dan kontra. Kita tidak boleh sesuka hati menilai, jadi penonton perlu berfikiran terbuka, tonton cerita ini baru mereka faham,” ujarnya yang menggunakan filem klasik P.Ramlee, Madu Tiga sebagai rujukan.

Sementara itu, Tiz Zaqyah, mengaku tertarik menerima tawaran berlakon drama yang bersiaran selama 10 episod tersebut kerana gandingan barisan pelakon yang terlibat.

DRAMA Isteri Misteri mula menemui penonton sejak 25 November lalu.

“Mereka semua kawan saya, termasuklah pengarah dan kru produksi. Lagipun, ini kali pertama saya bekerja untuk Viu, jadi perasaan sangat berbeza.

“Apatah lagi ketika menjalani penggambaran dalam situasi norma baharu, semestinya sesuatu yang mencabar untuk melaluinya.

“Bagaimanapun, ini adalah tanggungjawab semua orang demi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dihentikan,” ujarnya.

Drama Isteri Misteri ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis, pukul 6 petang menerusi TV3 sejak 25 November lalu.

Sementara untuk siaran dalam platform Viu, drama berkenaan disiarkan pada pukul 7 malam pada hari sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI