fbpx

Kes buli AOA, Seolhyun buat tak tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEOLHYUN

LIMA bulan selepas kontroversi kes buli dalam kumpulan AOA mendapat perhatian luar biasa peminat, seorang daripada anggotanya, Seolhyun baru-baru ini tampil membuat kemunculan di hadapan umum.

Seolhyun menghadiri sebuah sidang akhbar drama terbaharu lakonannya berjudul Awaken yang berlangsung pada 25 November lalu.

Sebelum ini, Seolhyun dikecam apabila dilihat mengambil langkah berdiam diri selepas timbul pendedahan rakan kumpulannya, Kwon Mina yang dibuli ketua mereka, Jimin.

Seolhyun meneruskan aktiviti seninya seperti biasa terutama dalam bidang lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan isu berkenaan membabitkan dua anggota kumpulannya sendiri.

Kemarahan peminat tidak dapat dibendung sehingga ada yang menghantar permohonan supaya dia disingkirkan daripada senarai pelakon drama berkenaan.

Bagaimanapun, isu itu ibaratnya tidak mendatangkan sebarang kesan buat Seolhyun.

Dia tetap dipilih membintangi drama yang turut membariskan pelakon Nam Goong-min dan Lee Chung-ah itu.

Drama Awaken yang disiarkan menerusi saluran tvN memulakan siaran perdananya bermula 30 November (hari ini) setiap Isnin dan Selasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI