fbpx

Kanak-kanak jatuh sungai dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selipar kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas ditemui di tebing Sungai Merbok, Kulim hari ini.

KULIM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke Sungai Merbok dekat Kampung Bikan Atas di sini hari ini.

Mangsa, Irdina Aleesya Zamri dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.30 petang.

Kata beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Saad Hassan tiba di lokasi pada pukul 7.10 malam ini.

“Sebaik tiba di lokasi, kita menemui tuala dan selipar disyaki milik mangsa di tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan awal adalah dengan melakukan pencarian di permukaan air di lokasi mangsa dipercayai terjauh.

“Operasi mencari mangsa juga akan turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI