fbpx

Harimau belang tiada di Kuala Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharin Mohamad menunjukkan jerat yang dipasang susulan kejadian dua ternakan lembunya dibaham harimau kumbang baru-baru ini.

KUALA PILAH – Penduduk di daerah ini dinasihatkan agar tidak panik mengenai dakwaan kehadiran harimau belang di kawasan mereka memandangkan haiwan liar itu hanya mendiami kawasan tertentu di Malaysia.

Pensyarah Kanan Bidang Pe­ngurusan Hidupan Liar, Jabatan Sains Praklinikal Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan berkata, harimau belang terdapat di kawasan perlindungan hidupan liar seperti Taman Negara, Taman Negara Endau Rompin dan Taman Negeri Royal Belum.

Menurutnya, harimau belang lebih suka mendiami kawasan tanah pamah, tidak seperti kawasan berbukit seperti di daerah Kuala Pilah.

“Mengikut data Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tahun ini, dianggarkan sekitar 150 hingga 200 ekor sahaja harimau belang yang masih terdapat di negara ini.

“Bagi harimau kumbang, populasi haiwan berkenaan sememangnya terdapat di keba­nyakan kawasan hutan dara di Semenanjung Malaysia terma­suklah di Kuala Pilah,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

TENGKU RINALFI

Secara umumnya seperti yang dilaporkan SY Chew dalam Malayan Nature Journal, populasi harimau kumbang dianggarkan sekitar 500 hingga 700 ekor di Semenanjung Malaysia.

Rinalfi berkata, susulan kejadian terbaharu di Kuala Pilah membabitkan binatang ternakan dibaham harimau kumbang, ia berkemungkinan disebabkan habitat asal harimau kumbang semakin mengecil akibat pe­nerokaan hutan dan pemburuan haram.

Menurutnya, senario ber­kenaan menyebabkan wujud keperluan bagi harimau kumbang untuk keluar dan mula memburu haiwan ternakan, walaupun ia bukan kebiasaan.

“Penduduk terutamanya penternak haiwan yang mempu­nyai ladang bersebelahan de­ngan kawasan hutan tebal perlu mengambil langkah pencegahan seperti kawalan keselamatan yang lebih ketat seperti memasang lampu sorot automatik yang menyala akibat pergerakan dan pagar yang lebih kukuh,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhi­litan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, negeri ini sememangnya menjadi populasi harimau kumbang.

“Perhilitan Negeri Sembilan sahkan populasi harimau kumbang memang ada di negeri ini dan populasi haiwan liar ber­kenaan masih terkawal di hutan di negeri ini,” katanya.

Kosmo! pada Sabtu melaporkan mengenai serangan harimau kumbang ke atas haiwan ternakan penduduk di Kampung Te­ngah, Kuala Pilah baru-baru ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI