fbpx

Guardiola mula bosan aksi tanpa penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHREZ (dua dari kiri) meledak hatrik ketika City menewaskan Burnley 5-0 di Etihad kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola langsung tidak gembira dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad kelmarin.

Guardiola, 49, menyifatkan permainan bola sepak sekarang sudah kehilangan serinya kerana beraksi tanpa kehadiran penonton selain terpaksa mengharungi banyak perlawanan dalam tempoh yang singkat.

“Pemain sudah hilang ke­gembiraan untuk bermain bola sepak. Sebelum ini semua pemain tidak sabar walaupun perlu bermain dua kali se­minggu kerana dapat beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Sekarang tidak sama lagi ke­rana anda perlu bermain satu perlawanan dalam tiga hari tanpa­ penonton,” katanya.

Namun, Guardiola sekurang-kurang­nya boleh berasa lega ke­rana pemain sayap, Riyad Mahrez kembali menemui penyudah tajam selepas meledak hatrik pada minit ke-6, 22 dan 69.

Dua lagi gol The Citizens dalam aksi tersebut dijaringkan Benjamin Mendy dan Ferran Torres masing-masing pada minit ke-41 serta 66.

Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu terpaksa menerima hakikat penjaring terbanyak City, Sergio Aguero berkemungkinan besar perlu dipinggirkan untuk satu tempoh lebih lama disebabkan masalah kecederaan.

Aguero sebelum ini sudah kembali beraksi setelah pulih sepenuhnya daripada pembedahan lutut tetapi kini berdepan risiko untuk diketepikan sekali lagi kerana masalah hamstring. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI