fbpx

Foto Siti Nurhaliza didakwa hamil tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memperlihatkan Siti sedikit berisi dan memegang perutnya.

PETALING JAYA – Sekeping foto memaparkan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang didakwa sedang hamil anak kedua tular dan hangat diperkatakan netizen dalam media sosial sejak malam tadi.

Foto yang dimuat naik oleh bekas isteri Datuk Seri Khalid, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham malam tadi, memperlihatkan penampilan terbaharu penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu selepas mengambil keputusan berehat sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, foto yang memaparkan Siti dan anak menantunya tersebut dirakam sempena majlis ulang tahun kelahiran menantunya, Alyssa Hisham di sebuah restoran di ibu negara.

Netizen mendakwa Siti (kiri) kini hamil anak kedua selepas sekeping foto milik Zawiyah tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Menerusi gambar tersebut, Siti yang mengenakan blaus biru gelap kelihatan sedikit berisi dan bentuk badannya seperti wanita yang sedang hamil.

Selain itu, aksi anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang dalam sebuah video sambil mengusap perut turut menarik perhatian dan mencetuskan tanda tanya sama ada dia kini berbadan dua.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengesahan atau pengumuman rasmi daripada Siti dan suaminya tentang perkara tersebut.

Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja menunggu pengesahan daripada Siti sekiranya dia benar-benar hamil anak kedua.

Desas-desus tentang Siti hamil anak kedua hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Terdahulu, Siti dan suami dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah pada tahun 2018 selepas menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI