fbpx

Doktor temui dadah, serah beg pesakit koma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang ditemukan dalam beg pesakit terbabit.

ALOR GAJAH – Seorang doktor terkejut selepas mendapati beg galas pesakitnya yang kini berada dalam keadaan koma mengandungi satu ketulan tumbuhan dan beberapa paket lutsinar dipercayai dadah, Jumaat lalu.

Pesakit berusia 27 tahun itu dilaporkan koma selepas mengalami kecederaan parah di kepala susulan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 238 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Deputi Superintendan Mohd. Akmal Abdullah berkata, doktor tersebut telah hadir ke Balai Polis Alor Gajah kira-kira pukul 11.30 pagi untuk menyerahkan beg galas berkenaan.

“Hasil pemeriksaan beg tersebut menemukan satu ketulan mampat tumbuhan kering ganja seberat 955 gram dan lima peket dadah jenis syabu seberat 65. 95 gram bernilai keseluruhan RM4, 000.

“Bagaimanapun suspek belum ditangkap kerana berada dalam keadaan koma akibat kecederaan parah selepas motosikal yang ditunggangi telah terbabas sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Mengulas lanjut, Mohd. Akmal memberitahu, suspek sebelum ini dirawat di Hospital Alor Gajah, namun telah dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan.

“Suspek telah menjalani pembedahan di kepala dan sehingga ini masih dalam keadaan koma.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI