fbpx

Ben Affleck pernah jadi kaki mabuk, terjebak dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEN AFFLECK

AKTOR Ben Affleck mengakui bahawa ketika remaja, dia seorang yang sangat nakal dan pernah terjebak dengan dadah jenis ganja.

Dalam program Alright, Alright, Alright: The Oral History of Richard Lanklater’s Dazed and Confused, bintang filem Batman vs Superman itu mendedahkan, dia mula mengambil ganja ketika berusia 15 tahun.

“Aku mempunyai pengalaman buruk dengan ganja ketika berusia 15 tahun sehingga aku mengalami serangan panik.

“Selepas itu, aku mula sedar dan akhirnya tekad mahu meninggalkan ganja,” ujarnya.

Selain itu, Affleck turut mengakui bahawa dia juga pernah mengalami masalah ketagihan alkohol ketika berada di lokasi penggambaran.

“Aku juga pernah menjadi kaki mabuk sehingga ke tahap serius,” ujar mantan suami aktres Jennifer Garner itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI