fbpx

Akibat terlalu ghairah Dortmund terjerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi mensia-siakan peluang. - AFP

DORTMUND – Meskipun mendominasi sebahagian besar perlawanan, namun Borussia Dortmund masih gagal mengelak daripada mengalami kekalahan 1-2 kepada Cologne dalam saingan Bundesliga di Signal Iduna Park awal pagi semalam.

Antara faktor kekalahan Dortmund disebabkan kegagalan Erling Braut Haaland melepaskan diri daripada kawalan ketat pemain-pemain Colonge sepanjang perlawanan itu.

Lebih malang, Haaland yang sudah meledak enam gol daripada dua perlawanan terakhir, turut mensia-siakan satu peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan buat Dortmund pada minit-minit terakhir permainan.

“Permainan Cologne sangat teratur, sebaliknya kami kurang sabar dalam perlawanan ini. Saya terpaksa menerima kekalahan ini kerana kami ba­nyak kekurangan dalam setiap segi,” kata ketua jurulatih Dortmund, Lucien Favre.

Dortmund dikejutkan dengan dua gol Cologne menerusi pemain tengah Tunisia, Ellyes Skhiri seawal minit kesembilan dan 60.

Walaupun berjaya merapatkan jurang menerusi gol daripada Thorgan Hazard pada minit ke-74, namun ia masih belum cukup buat Dortmund apabila kedudukan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan Dortmund kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich yang berjaya merakam kemenangan 3-1 ke atas VfB Stuttgart di Arena Mercedes-Benz kelmarin.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN