fbpx

40 minit tangkap ular dalam mesin basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menunjukkan ular tedung yang berjaya ditangkap dalam sebuah mesin basuh rumah penduduk di Pasir Penambang, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Anggota bomba terpaksa berhempas pulas selama 40 minit menangkap seekor ular tedung sepanjang dua meter yang bersembunyi di dalam mesin basuh sebuah rumah di Pasir Penambang di sini malam tadi.

Kehadiran reptilia itu disedari pukul 10.30 malam oleh pemilik rumah selepas terlihat objek hitam terjulur keluar dari mesin basuh yang diletakkan di tandas rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Ismail Zakariya berkata, sembilan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.32 malam.

Beliau tidak menolak kemungkinan kehadiran ular tersebut berikutan musim hujan yang melanda daerah ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ular tedung hitam itu bersembunyi di dalam mesin basuh.

“Anggota kita seterusnya menggunakan peralatan khas untuk menangkap reptilia tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas beliau, ular berkenaan kemudiannya dilepaskan ke habitat asal di kawasan hutan berhampiran dan operasi ditamatkan pukul 11.22 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI