PETALING JAYA – Polis sedang menyiasat skim pelaburan iShareFans di laman sosial yang didakwa telah memperdaya ramai mangsa sehingga melibatkan kerugian ribuan ringgit. Sehingga semalam, dua laporan polis telah diterima masing-masing di Sabah dan Pahang membabitkan kerugian berjumlah RM6,000. Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk S. Sasikala Devi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sejak bila kegiatan itu aktif dan modus operandinya. “Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya