PERTEMBUNGAN epik, Mike Tyson dan Roy Jones Jr berakhir seri selepas kedua-dua juara tinju dunia itu mengutip mata seri di sepanjang lapan pusingan perlawanan yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles sebentar tadi.
Meskipun Tyson dilihat mendominasi perlawanan dengan kiraan mata 10-9, namun tiga juri menegaskan saingan tersebut berakhir dengan keputusan seri.
Christy Martin memberi markah 76-76 kepada Tyson dan Vinny Paz memberi kemenangan kepada Jones Jr. dengan 80-76 mata. Seorang lagi pengadil perlawanan, Chad Dawson memberi kemenangan kepada Tyson dengan keputusan 80-76.
Kedua-dua petinju tersebut, Tyson dan Jones Jr. menerima keputusan itu serta tidak berdepan masalah untuk turun ke gelanggang sekali lagi.
“Bagi saya perlawanan yang menarik dan saya akur dengan keputusan ini. Penonton juga gembira dengan hasil perlawanan ini. Ya, saya tidak berdepan masalah untuk turun ke gelanggang sekali lagi,” kata Tyson sejurus tamat perlawanan. – AGENSI