fbpx

Pelajar Malaysia meninggal dunia akibat keradangan selaput otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti Iskandariah, Mesir

PETALING JAYA- Seorang pelajar pergigian tahun tiga di Universiti Iskandariah, Siti Aishah Mohd. Dani, 20, meninggal dunia pada Jumaat lepas disyaki akibat keradangan selaput otak.

Yang di-Pertua Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM), Faiz Rafiuddin Kamaludin berkata, Siti Aishah mengadu sakit kepala dan dada.

“Arwah dibawa ke hospital dan disyaki sakit akibat keradangan selaput otak. Arwah terlantar di hospital selama sembilan hari sebelum menghembuskan nafas terakhir pukul 10.30 waktu tempatan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Katanya, Siti Aishah merupakan antara pelajar yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang. 

“Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir mengucapkan takziah kepada ahli keluarga allahyarhamah atas pemergian beliau.

“Semoga Allah menerima amalan arwah dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang solehah,” katanya. – K! ONLINE. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI