fbpx

Pahang tak minat pancing Evan Dimas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Evan DIMAS dikaitkan dengan perpindahan ke Pahang, namun pasukan itu menolak khabar angin berkenaan.

PASUKAN Pahang tidak berminat untuk mendapatkan pemain kelahiran Indonesia, Evan Dimas bagi mengisi slot import Asia Tenggara bagi mengharu­ngi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan kerana keka­ngan bajet.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengakui bajet skuad Tok Gajah tahun depan tidak begitu besar dan pihak pengurusan perlu berbelanja dengan realistik.

Kata Mohammed Suffian, pemain berusia 25 tahun itu tidak pernah berada dalam radar pasukan walaupun dikaitkan pada jendala perpindahan Liga Malaysia yang dibuka ketika ini.

“Saya tidak tahu kenapa Evan dikaitkan ke pasukan Pahang. Mungkin kerana kami pernah menandatangani pemain Indonesia iaitu Saddil Ramdani pada musim lepas.

“Namun, secara jujur kami memang tidak berminat untuk mendapatkan Evan kerana bajet pasukan tidak begitu besar dan kami hanya mencari pemain yang sudi menerima apa yang pasukan boleh tawarkan kepada mereka.

“Buat masa ini, hanya Herold Goulon yang dikekalkan selain kami juga mengesahkan dua pemain import baharu iaitu Lee Andrew Tuck dan Sergio Aguero,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI