LONDON – Harga jersi yang diguna legenda bola sepak dunia, Diego Maradona ketika menjaringkan gol terkenalnya iaitu Hand Of God ketika menentang England pada Piala Dunia 1986 di Mexico boleh mencecah sehingga AS$2 juta (RM8.14juta).
Kematian bintang Argentinaitu pada Rabu lalu menyebabkan nilai semua barangan peribadi miliknya melonjak naik termasuk jersi terakhir dipakai Maradona.
Jersi Maradona tersebut kini dimiliki oleh bekas pemain England, Steve Hodge yang mendapatkannya daripada Maradona sendiri selepas perlawanan yang menyaksikan kesilapannya mengakibatkan jaringan kontroversi Maradona.
“Saya berjalan melalui terowong dan Maradona pula sedang berjalan dari arah bertentangan
“Saya memberinya jersi saya dan kami bertukar jersi di situ juga,” kata Hodge.
Jersi itu buat masa ini dipamerkan di Muzium Bola Sepak Nasional England di Manchester.
Sementara itu, David Amerman dari Goldin Auctin, New Jersey berkata, nilai jersi itu mungkin tinggi dan sukar untuk dinilai buat masa ini.
“Sangat sukar untuk mengukur nilai jersi Hand Of God tetapi saya tahu pemiliknya mencari sekitar AS$2 juta pada sesi lelongan,” kata Amerman.
– AGENSI