fbpx

Mangsa banjir mula bersihkan rumah berlumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asman mengangkat televisyen yang rosak ditenggelami banjir di rumahnya di Kampung Teladas, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Cuaca cerah sepanjang hari ini membolehkan sebahagian besar penduduk Kemaman yang sebelum ini berpindah ke pusat pemindahan banjir pulang ke rumah masing-masing.

Rata-rata mereka termenung panjang bukan sahaja kerugian besar kerosakan harta-benda malah perlu membersihkan sisa lumpur tebal yang telah menenggelami kediaman mereka.

Seorang penduduk, Mohd. Asman Kasman, 50, berkata, hampir keseluruhan barangannya rosak dan tidak dapat diselamatkan.

Jelasnya, ia berikutan rumahnya telah ditenggelami banjir sehingga tiga meter pada Jumaat lalu.

“Tiada apa yang dapat diselamatkan, mesin basuh, peti sejuk, televisyen, sofa dan perabot semuanya rosak.

“Barangan penting yang sebelum ini diletakkan di bahagian para rumah juga musnah kerana paras banjir jauh lebih tinggi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Teladas, Air Putih di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Junaidi Manaf, 39, yang juga peniaga kedai runcit pula berkata, dia kerugian lebih RM10,000 selepas barangan jualan dan tiga peti aisnya ditenggelami banjir yang membawa bersama lumpur.

“Antara yang turut dihanyutkan banjir 20 kampit beras. Saya tak sempat selamatkan apa-apa kerana banjir berlaku dengan pantas kurang sejam selepas hujan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI