PENYANYI rap berdarah campuran Taiwan-Korea, Lai Kuan-lin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila videonya meludah dan merokok di tempat awam menjadi tular.
Menerusi Instagramnya, Kuan-lin, 19, mengakui kesilapan tersebut dan meminta maaf kepada orang ramai atas sikap tidak senonohnya.
“Sebagai idola dan figura yang menjadi ikutan ramai, saya tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu dan tidak seharusnya melakukan perkara tersebut. Ini satu ingatan,” titipnya.
Kuan-lin turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang.