fbpx

KKM tambah katil di lima fasiliti di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham (kiri) melakukan lawatan rasmi ke HKL dan HRC hari ini.

PETALING JAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan jumlah katil khusus untuk pesakit Covid-19 di lima buah fasiliti di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, lima fasiliti tersebut ialah Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL), Hospital Sungai Buloh, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Pusat Kawalan Kusta Negara dan Institut Latihan KKM Sungai Buloh.

“Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan juga bersedia untuk membantu jika keadaan memerlukan. Bagi memastikan kelancaran operasi, kesemua fasiliti ini diletakkan di bawah Pusat Kawalan Bersepadu Covid-19 (PKBC) Wilayah Tengah dengan tujuan menyelaras dan memantau segala operasi berkaitan pengurusan pesakit Covid-19 di wilayah tengah.

“Khusus bagi HKL dan HRC, sehingga 29 November (hari ini) pukul 6 pagi, jumlah katil yang dikhususkan bagi pesakit Covid-19 adalah berjumlah 1,061 buah katil iaitu sebanyak 433 katil di blok Materniti HKL, 398 katil di bangunan utama HKL dan 230 katil di HRC. Kedua-dua hospital ini telah dikenalpasti sebagai hospital hybrid, iaitu merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Beliau melakukan lawatan kerja rasmi ke HKL dan HRC bagi meninjau kesiapsagaan hospital susulan daripada peningkatan kes Covid-19 yang mendadak semasa gelombang ketiga khususnya di sekitar kawasan Lembah Klang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI