fbpx

Khai Bahar terharu dapat hadiah komputer daripada individu misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAI BAHAR

PETALING JAYA – Penyanyi Khai Bahar sebak bercampur gembira selepas menerima hadiah sebuah komputer daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik penyanyi itu dalam akaun Instagramnya, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 26, meluahkan rasa terkejut dan berterima kasih tidak terhingga kepada dermawan misteri itu.

Menurut pelantun lagu Luluh itu, awalnya dia hanya ingin meminjam komputer milik sepupunya memandangkan komputernya mengalami kerosakan.

“Tidak tahu nak cakap apa. Kisahnya begini, Khai mesej sepupu @sarhanezani nak pinjam PC (komputer peribadi) sebab nak buat livestream (pestriman langsung) sementara sahaja. Sebab komputer sekarang ini lagi teruk.

“Tunggu hujung bulan baru nak beli komputer baharu. Tetapi tak terfikir langsung kena surprise (kejutan) macam ini. Khai tidak minta pun dan tidak mahu kalau siapa-siapa nak belanja belikan komputer,” ujarnya.

KHAI berkongsi detik menerima hadiah komputer daripada individu tidak dikenalinya.

Menerusi ruangan komen, Khai memaklumkan bahawa komputer tersebut bukan dihadiahkan oleh sepupunya. Dia menjelaskan sepupunya itu sekadar menjadi orang tengah bagi menghantar hadiah tersebut ke tangannya.

Rata-rata pengikutnya dalam laman sosial turut berkongsi rasa gembira dan teruja, malah turut sama-sama mendoakan kesejahteraan individu misteri tersebut supaya dimurahkan rezeki. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI