fbpx

Kelibat harimau dilihat awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA PILAH – Orang ramai terutamanya peminat aktiviti berbasikal yang melalui laluan Seri Menanti-Terachi diminta berhati-hati selepas kelibat harimau kumbang pernah dilihat di laluan berkenaan sebelum ini.

Seorang penduduk Kampung Tengah, Tanjung Ipoh, Azharudin Ahmad, 29, memberitahu, kelibat harimau kumbang itu kebiasaannya sebelum ini dijumpai pada waktu awal pagi, namun kini kelibat binatang boleh dilihat pada waktu siang.

“Sebelum ini, memang cerita mengenai harimau kumbang menjadi bualan penduduk di sini dan sekitarnya tetapi belum ada kejadian buruk.

“Hanya penduduk yang berulang alik ke tempat kerja pada waktu awal pagi terjumpa kelibat harimau berkenaan yang melintas jalan dan kampung untuk kembali ke hutan bersebelahan Kampung Tengah ini,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, Azharudin yang juga ahli Seri Menanti Cycling Club telah memuat naik status di laman Facebook bagi memberi peringatan kepada peminat basikal dan orang awam agar berhati-hati semasa melalui kawasan berkenaan.

“Saya bimbang jika ada kenalan atau peminat aktiviti berbasikal yang cedera atau ditimpa kejadian buruk sekiranya terse­rempak dengan harimau kumbang mahupun belang.

“Laluan Seri Menanti-Terachi sejauh 12 kilometer ini memang laluan kegemaran aktiviti berbasikal kerana laluan berbukit dan di sinilah rakan saya ternam­pak kelibat harimau belang,” ujarnya.

PEMINAT aktiviti berbasikal diminta berhati-hati melalui laluan Seri Menanti-Terachi susulan kelibat harimau melintas di laluan berkenaan.

Mengulas lanjut, Azharudin berkata, dia tidak pasti mengapa binatang liar berkenaan keluar dari hutan dan mula masuk ke kawasan perkampungan untuk mencari makanan.

Sementara itu, seorang penduduk, Ezlan Ibrahim, 25, pula berkata, dia ternampak kelibat harimau belang melintasi jalan Seri Menanti-Terachi ketika dalam perjalanan ke kandang kambing miliknya minggu lalu.

Katanya, kelibat harimau belang itu dilihat dalam jarak kira-kira 10 meter kira-kira pukul 11 pagi.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke kandang kambing di Terachi dan terkejut apabila ternampak harimau belang bersaiz agak besar melintas.

“Sebelum ini orang kampung nampak harimau kumbang, tapi kali ini saya sendiri nampak harimau belang,” ujarnya.

Menurutnya, dia berharap agar haiwan tersebut berjaya ditangkap bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI