fbpx

Dua pusat pemindahan banjir di daerah SPU dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir yang dipindahkan di Tasek Gelugor, Seberang Perai malam tadi.

SEBERANG PERAI – Hujan lebat di beberapa tempat sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dinaiki air malam tadi.

Antara kawasan yang terjejas di daerah Seberang Perai Utara (SPU) termasuklah di Butterworth, Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka membabitkan 49 mangsa.

“Beberapa rumah di Kampung Labuh Banting dan Kampung Desa Puri di Tasek Gelugor dilaporkan dinaiki air, namun tiada jalan ditutup.

“Sebanyak tujuh mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya dan 42 di PPS Sekolah Agama Rakyat Lebuh Bating,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri menyelamatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dan dua kanak-kanak yang terperangkap di dalam rumah di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 8.40 malam tadi.

Menurut jurucakap JBPM negeri, banjir kilat berkedalaman 0.5 meter memasuki rumah mangsa yang berpunca air sungai yang melimpah akibat hujan lebat.

Difahamkan mangsa telah dibenarkan pulang pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI