fbpx

Cemas anak terkunci dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Taman Terubong Indah, Ayer Itam di sini tadi.

GEORGE TOWN – Pasangan suami isteri berdepan detik cemas kurang setengah jam apabila anak lelaki mereka terperangkap di dalam kereta selepas kenderaan itu terkunci sendiri di kawasan perumahan di Taman Terubong Indah, Ayer Itam di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu berlaku ketika kanak-kanak berusia setahun empat bulan dikatakan berada seorang diri di dalam kereta jenis Proton Saga terbabit.

Difahamkan, pasangan tersebut termasuk orang awam sebelum itu sedaya upaya memujuk kanak-kanak tersebut supaya membuka tingkap termasuk berusaha membuka pintu kereta disebabkan kunci tertinggal di dalam tetapi gagal.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohamad Noor Zahidi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.50 tengah hari dan tiba kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati kanak-kanak itu masih berada di dalam kereta dalam keadaan enjin tertutup.

“Kami menggunakan kaedah memujuk oleh bapanya sendiri disebabkan dia (kanak-kanak) tersebut dilihat lebih serasi dengan lelaki itu.

“Dia ketika itu berada dalam keadaan stabil. Usaha memujuknya berjaya dilakukan kurang 10 minit setelah kanak-kanak tersebut membuka sendiri tingkap kereta berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohamad Noor berkata, operasi menyelamat kanak-kanak terperangkap di dalam kereta itu tamat sepenuhnya pada pukul 1.30 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI