fbpx

5 PATI ditangkap masuk Malaysia melalui jalan tak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditangkap di Teluk Ramunia, Johor pagi tadi.

PETALING JAYA- Dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan pasukan Quick Reaction Force (QRF) di kawasan Kampung Masjid, Teluk Ramunia, Johor pukul 2.10 pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil tangkapan tersebut membawa kepada tangkapan kedua melibatkan tiga lagi PATI yang bersembunyi berhampiran Kampung Wakap.

“Kesemua lima yang ditahan dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berusia sekitar 22 hingga 41 tahun.

“Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan berjumlah RM 1,492 melibatkan wang tunai Ringgit Malaysia dan matawang Indonesia bersama dua buah telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI