fbpx

Sarjan Norihan terima watikah penghargaan dari Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Yahaya Othman (dua dari kiri) ketika menziarahi Sarjan Norihan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Sarjan Norihan Tari, 39, yang terlibat dalam insiden tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Selasa lalu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu menerima kunjungan juruiring baginda, Senior Asisten Komisioner Datuk Yahaya Othman di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Yahaya berkata, anggota terbabit menunjukkan reaksi teruja dan terharu dengan penganugerahan pangkat yang diberikan kepadanya baru-baru ini.

“Besar pengorbanan anggota terbabit dalam mempertahankan benteng negara. Saya doakan kesihatannya bertambah baik.

“Kehadiran saya ke sini (HPP) juga bagi menyampaikan warkah dan surat penghargaan daripada baginda,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, keadaan kesihatan Sarjan Norihan kini bertambah baik dan lebih banyak berkomunikasi berbanding semalam.

“Semangat dia kuat dan ingat apa kejadian yang berlaku termasuk rakannya yang terkorban dalam tragedi itu.

“Dia juga ucap terima kasih atas kunjungan Datuk Yahaya pada hari ini dan dia masih di bawah pemerhatian doktor pakar,” ujarnya.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi Selasa lalu, Norihan dan seorang lagi anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkena tembakan dipercayai oleh anggota kumpulan penyeludup ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis.

Bagaimanapun, Baharuddin maut di tempat kejadian selepas ditembak pada bahagian kiri perut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI