fbpx

Polis buru Geng 66

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memburu 10 lelaki dipercayai ahli ‘Geng 66’ ekoran tindakan menyerang tiga remaja berusia 14 tahun di sebuah restoran terletak di Lintas Plaza, malam tadi.

KOTA KINABALU – Polis memburu 10 lelaki dipercayai ahli Geng 66 ekoran tindakan menyerang tiga remaja berusia 14 tahun di sebuah restoran terletak di Lintas Plaza, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, semua mangsa cedera dibahagian muka dan tangan selepas diserang menggunakan kerusi dipercayai hanya berpunca daripada tidak berpuas hati dengan cara mangsa menolak untuk menyertai kumpulan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang menjamu selera di restoran berkenaan sebelum didatangi kumpulan itu.

“Salah seorang daripada kumpulan penyerang itu kemudiannya bertanyakan kepada ketiga-tiga mangsa daripada kumpulan mana, namun semua mangsa memberitahu mereka tiada menyertai mana-mana kumpulan dan tidak mahu menyertai mana-mana kumpulan.

“Sejurus selepas itu, semua mangsa terus diserang menggunakan kerusi oleh kumpulan terbabit sebelum ditenangkan pemilik restoran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, George berkata, salah seorang mangsa mengalami kecedaraan lebam di mata kiri dan siku kanan manakala dua lagi rakannya cedera pada tangan dan lebam di mata.

Menurutnya, semua mangsa dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) bagi mendapatkan rawatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI