fbpx

Pengunjung dilarang mandi di Pantai Irama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ombak besar membahayakan pengunjung pantai mandi manda di Pantai Irama, Bachok musim ini.

BACHOK – Pantai Irama di sini sudah dipasangkan bendera merah yang menunjukkan tanda amaran sekali gus tidak membenarkan aktiviti riadah dan mandi-manda di pantai berkenaan ketika ini.

Seorang anggota Pegawai Bomba Bantuan Keselamatan Air dan Pasukan Penyelamat (PBB Swart) di Pantai Irama, Mohamad Nazri Hamdan, 21, berkata, seramai enam orang ditugaskan secara bergilir-gilir berkawal dan memantau keadaan semasa di pantai berkenaan.

Katanya, selain itu seramai lima anggota ditempatkan di Pantai Tok Bali di sini untuk menjalankan tugas yang sama dalam usaha mengekang musibah kes lemas dalam tempoh tengkujuh.

“Keadaan ombak dan struktur dasar laut pada musim ini tidak sesuai untuk aktiviti berenang atau sukan air.

“Anggota yang bertugas menjalankan rondaan di lokasi tumpuan pengunjung dan akan menasihatkan mereka agar tidak ke tepi pantai dalam keadaan ombak besar,” katanya.

Menurut Mohamad Nazri anggota PBB Swart akan menasihatkan pengunjung untuk tidak berteduh di kawasan pokok rhu sekiranya angin Monson Timur Laut bertiup kencang.

Tinjauan Kosmo! di Pantai Irama mendapati tiada pengunjung yang datang berkelah sejak semalam termasuk kedai-kedai makan dan minuman di pantai berkenaan juga sudah tidak beroperasi.

Seorang lagi anggota, Che Muhammad Aqil Iqmal Che Deraman, 21, berkata, bilangan pengunjung ke Pantai Irama agak merosot berbanding sebelumnya.

“Ini mungkin disebabkan kepatuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar tidak berada di tempat awam dengan mengambil langkah duduk di rumah buat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI