fbpx

Penduduk lega nama kampung F***ing ditukar tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCONG gemar berhenti dan merakam gambar di hadapan papan tanda kampung tersebut yang terletak 350 kilometer dari ibu kota Austria, Vienna . – AFP

VIENNA, Austria – Penduduk sebuah kampung di Austria boleh menarik nafas lega apabila nama kampung mereka, F***ing, kini akan ditukar kepada Fugging bermula tahun 2021.

Kampung yang terletak 350 kilometer dari ibu kota Austria, Vienna itu mendapat perhatian melampau daripada pelancong termasuk di media sosial, malah ada pelawat melakukan hubu­ngan seks dekat papan tanda nakampung tersebut.

Nama kampung tersebut digunakan sejak abad ke-11 lagi.

Bagaimanapun, wakil pendu­duk sepakat dalam satu mesyua­rat majlis perbandaran Tarsdorf kelmarin untuk menamakan semula kampung mereka sebagai Fugging mulai 1 Januari 2021.

Keputusan itu didorong pertambahan pelancong yang gemar singgah untuk merakam gambar di hadapan papan tanda kampung dan melakukan aksi lucah sebelum memuat naik paparan ke media sosial.

Sikap pelancong luar itu menjadi semakin tidak terkawal apabila ada sesetengah mereka mencuri papan tanda tersebut.

Pihak berkuasa tempatan terpaksa meletakkan konkrit apabila memasang semula papan tanda baharu bagi mengelak kecurian.

“Saya beri jaminan kampung ini akan dinamakan semula,” kata Datuk Bandar Tarsdorf, Andrea Holzner.

“Tiada apa yang hendak diperkatakan lagi, kami sudah muak dengan kegilaan media tentang nama kampung ini,” katanya kepada akhbar tempatan, Oberoesterreichische Nachrichten.

Namun, ada pihak tidak bersetuju nama kampung itu ditukar kerana beranggapan kampung tersebut popular kerana keunikan namanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI