fbpx

Padah tunjuk samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan semalam selepas dipercayai memukul seorang pengawal keselamatan di Seksyen 5, Kota Damansara, di sini dengan bersenjatakan sebatang besi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek berusia 27 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian kerana mangsa menahan dan bertanyakan kepada rakannya berkenaan kad akses untuk keluar daripada kawasan tersebut.

“Bertindak atas maklumat, lebih kurang pukul 11.45 malam semalam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan suspek di hadapan pos pengawal keselamatan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah memukul mangsa kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menahan dan menanyakan banyak soalan kepada rakannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek ditahan reman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI