fbpx

Op Selat: Dua lagi ejen direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu dipercayai ejen kes sindiket rasuah pemalsuan cap sempadan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ni bagi mendapatkan perintah reman.

PUTRAJAYA – Dua individu yang dipercayai berperanan sebagai ejen berkaitan kes sindiket rasuah dalam pemalsuan cap sempadan di pintu masuk antarabangsa negara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 4 Disember depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, mereka sebelum ini telah dicari oleh SPRM menerusi satu kenyataan akhbar yang disiarkan pada 18 dan 23 November lalu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek masing-masing berusia antara 35 dan 49 tahun itu berjaya dikesan sebelum ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pada pukul 3 dan 5 petang semalam.

“Menerusi tangkapan terbaharu ini, wang tunai dan beberapa passport warga asing juga turut disita,” katanya.

Penahanan itu menjadikan kesemua mereka yang ditahan adalah seramai 65 orang terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, ejen (17) dan orang awam (9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI