fbpx

One Forteen buang ketumbuhan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONE FORTEEN

PETALING JAYA – Anggota kumpulan Forteen, One selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di kedua-dua belah matanya di sebuah hospital swasta semalam.

One atau Muhammad Ridzuan Sharifuddin,31 berkata, dua minggu lalu dia mengalami kegatalan di bahagian mata kiri sebelum mulai membengkak dan berjangkit ke sebelah mata kanan.

“Dua minggu lalu saya sudah rasa gatal di bahagian mata kiri dan akibat terlalu gatal, saya menggosok mata menggunakan tisu.

“Selang beberapa hari bengkak tersebut mulai surut tetapi berjangkit ke mata sebelah kanan pula yang mula membengkak,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bimbang dengan kondisi matanya yang tidak menunjukkan tanda untuk sembuh, One meminta pertolongan rakannya untuk dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

“Sebenarnya sebelum saya ke hospital, saya ada berjumpa dengan doctor di sebuah klinik. Namun ubat diberikan tidak menunjukkan kesan positif. Jadi saya dibawa ke hospital pada Ahad lalu sebelum ditahan di wad.

“Doktor memberitahu, mata saya membengkak disebabkan ada lebihan benjolan daging yang mungkin berpunca daripada habuk. Saya terpaksa bermalam di wad hospital kerana doktor mahu memastikan bengkak tersebut benar-benar surut sebelum melakukan pembedahan.

“Pagi semalam saya selesai menjalani pembedahan membuang lebihan daging di kedua-dua belah mata. Insya-Allah jika tiada apa-apa masalah, saya akan dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat,” tambahnya.

Terdahulu, One ada memuat naik gambarnya dalam Instagram menunjukkan dia baharu selesai jalani pembedahan mata.

“Selepas pembedahan semalam. Alhamdullilah selesai. Sebenarnya dua-dua mata. Terima kasih yang mendoakan,” tulisnya pada ruangan kapsyen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI