fbpx

Kulit mulus Dahyun dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAHYUN

SEORANG jurusolek kepada anggota kumpulan Twice, Kim Dah-hyun atau Dahyun baru-baru ini berkongsi cerita dan mendedahkan fakta menarik mengenai kulit wajah menerusi satu temu bual eksklusif bersama majalah fesyen, Elle.

Menurut jurusolek wanita itu, kulit wajah Dahyun yang disoleknya benar-benar mulus, cantik dan gebu. Lebih mengejutkan Dahyun langsung tidak menggunakan sebarang bedak asas pada wajah.

“Dahyun memiliki kulit wajah yang luar biasa. Saya tidak perlu meletakkan apa-apa bedak asas pada wajahnya sebab dia kelihatan asli dan cantik walau tanpa solekan.

“Saya hanya perlu meletakkan pelindung matahari pada wajahnya, kemudian menambahkan sedikit solekan ringkas termasuk pada bahagian mata,” katanya yang mengagumi anugerah milik Dahyun sehingga menjadi ikutan remaja seusianya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI