fbpx

Klopp resah aksi pantas Brighton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (kanan) mengakui jadual padat menyebabkan para pemainnya berdepan masalah keletihan dan gagal memberikan aksi terbaik. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sedia untuk melakukan perubahan terhadap kesebelasan utama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton di Stadium Amex malam ini.

Pengendali dari Jerman itu sebelum ini pernah menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung jadual padat yang perlu diharu­ngi skuad kendaliannya.

The Reds sedang berdepan tekanan apabila tewas mengejut 0-2 kepada Atalanta di Anfield pada saingan Liga Juara-Juara yang berlangsung kelmarin.

“Kami mungkin ‘hadiahkan’ mata kepada Brighton pada perlawanan itu nanti kerana semua pemain berada dalam keletihan sekarang. Anggaplah ia sebagai hadiah Krismas,” kata Klopp meluahkan kekecewaannya.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu dijangka menurun­kan Mohamed Salah, Georginio Wijnaldum, Andy Robertson, Fabinho, Roberto Firmino dan Diogo Jota pada aksi di Stadium Amex itu nanti.

“Saya tahu Brighton memiliki corak permainan yang pantas serta memaksa pasukan lawan melakukan banyak larian. Sudah tentu ia sangat memenatkan buat pemain-pemain Liverpool.

“Mengambil kira keadaan itu, saya perlu melakukan beberapa perubahan terhadap pasukan. Saya tahu kami berdepan situasi cukup sukar, namun saya harap pemain-pemain mampu bertahan dan mencari kemenangan di sana,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI