fbpx

Hospital Kem Terendak daif, perlu dibina semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penempatan Tentera Darat di 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka. FOT0- RASUL AZLI SAMAD

MELAKA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengemukakan cadangan pembinaan baharu Hospital Angkatan Tentera (HTA) Terendak di Sungai Udang di sini kepada kerajaan secepat mungkin.

Beliau berkata, keadaan daif bangunan dan fasiliti pusat perubatan itu yang masih menerima kira-kira 64,000 pesakit setiap tahun tidak lagi sesuai untuk kegunaan jangka masa panjang.

Jelasnya, peruntukan sebanyak RM40 juta telah disediakan untuk kerja-kerja menaik taraf, namun hospital tersebut yang telah berusia 56 tahun masih perlu dibangunkan secara keseluruhan menggantikan hospital sedia ada.

“Hospital Terendak bukan sahaja digunakan oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran ATM, malah peratusan tertinggi melibatkan orang awam terutamanya di sekitar Sungai Udang.

“Peruntukan RM40 juta hanya untuk perbaiki fasiliti dan kemudahan asas di sini, namun paling ideal adalah untuk membina hospital baharu bagi jangka masa panjang selepas ia mula beroperasi pada 1964,” katanya selepas melawat hospital tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain dan Ketua Pengarah Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Md. Amin Muslan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sekiranya peruntukan daripada kerajaan tidak diperolehi, kementerian akan cuba sedaya upaya mendapatkannya melalui bantuan lain termasuk PFI (Inisiatif Pembiayaan Swasta).

“Jika kita hanya teruskan dengan kerja pembaikan terhadap fasiliti sedia ada, tidak mustahil masalah sama akan berulang.

“Pembinaan hospital baharu juga membolehkan kelengkapan perubatan terkini, penambahan dewan bedah dan kepakaran boleh ditempatkan berbanding hanya mengendalikan kes-kes biasa setakat ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI