NEW DELHI – Pengarah filen dan koreografer Kollywood, Prabhudheva sah telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pakar psikoterapi, Himani di Chennai, India bulan Mei lalu, lapor akhbar Times of India.
Abang Prabhudheva, Raju Sundaram mengesahkan mengenai perkara tersebut.
“Anda sudah tahu mengenai perinciannya. Kami sangat gembira dengan perkahwinan Prabhudheva,” katanya.
Majlis perkahwinan tersebut berjalan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Prabhudheva sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas isterinya, Ramlatha, namun bercerai pada tahun 2011.
Prabhudheva turut dikhabarkan pernah bercinta dengan aktres Nayanthara. – Agensi