PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy tidak menyangka perniagaan sambal bunga kantan yang diusahakannya secara kecil-kecilan mendapat sambutan luar biasa apabila terjual sebanyak 2,000 botol dalam masa hanya dua minggu.
Perkara berkenaan dikongsikan Elfira, 26, menerusi Instagramnya semalam dengan berkata, dia sama sekali tidak terfikir perniagaan yang diceburinya sekitar awal November lalu mendapat respons positif.
“Terima kasih Allah kerana membuka pintu rezeki baharu untuk keluarga saya. Alhamdulillah. Sumpah saya tidak sangka dapat jual 2,000 botol sambal dalam masa dua minggu dan bisnes ini semakin berkembang setiap hari,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur kerana perniagaan berkenaan membantu orang lain menjana pendapatan.
“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir tetapi ramai kakak dan abang yang saya kenal minta besarkan perniagaan ini.
“Jadi sekarang, saya melangkah setapak lagi demi memberikan yang terbaik kepada anda, Insya-Allah,” katanya.
K!ONLINE