fbpx

BMW jadi ‘lori sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki memasukkan sampah yang dikutip di tepi jalan ke dalam kenderaannya. - YOUTUBE

NEW DELHI – Akibat berang dengan perkhidmatan yang diberikan sebuah bilik pameran kereta, seorang pengguna nekad menjadikan kenderaan miliknya sebagai lori sampah di bandar Ranchi, India baru-baru ini, lapor laman berita CarToq.

Menurut lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Srivastava, dia berbuat demikian selepas wakil jualan kenderaan tersebut enggan menggantikan tayar kenderaannya yang pecah, malah mencadangkan supaya menggunakan tayar ganti sementara.

Srivastava berkata, akibat menggunakan tayar ganti sementara, kenderaan utiliti sukan jenis BMW X1 yang baru dibelinya beberapa bulan lalu itu mengalami kerosakan pada bahagian gandar.

“Disebabkan menggunakan tayar ganti, saya terpaksa menuntut wang insuran untuk membaiki bahagian gandar yang rosak itu.

“Selepas itu saya membuat keputusan untuk menjadikan kereta saya ini sebagai kenderaan pengangkut sampah bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah kerana sikap tidak profesional pekerja bilik pameran berkenaan,” katanya.

Selain itu, sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube menunjukkan dia memasukkan sampah di tepi jalan ke bahagian but belakang keretanya yang dibelinya dengan harga 9 juta rupee (RM495,273) itu.

“Saya akan mengajak pemilik kereta BMW lain yang mengalami masalah seperti ini untuk turut serta melakukan perkara sama.

“Saya juga akan membuat aduan terhadap pemilik dan pekerja bilik pameran itu,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI