fbpx

ATM tingkat keselamatan anggota di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RANTAU PANJANG – Tahap keselamatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melakukan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dipertingkatkan menerusi pemakaian jaket kalis peluru dan helmet balistik.

Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged), Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, tindakan itu diambil susulan kes anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang maut ditembak oleh penyeludup ketika sedang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Perlis baru-baru ini.

Menurutnya, pemakaian kelengkapan keselamatan itu bagi mencegah risiko kecederaan terhadap anggota yang bertugas sekiranya terkena tembakan dari geng-geng penyeludup.

“Kita turut bekerjasama dengan agensi penguatkuasa lain yang bertugas di sempadan menerusi maklumat risikan.

“Hal ini bagi memastikan kedaulatan negara berada pada tahap terbaik,” katanya

Terdahulu beliau turun padang meninjau penugasan anggota ATM di pangkalan haram Balai Polis dekat Lubok Stol di sini hari ini.

Zamsari berkata, ATM tidak akan berganjak malah akan terus berdiri teguh bagi memastikan kedaulatan negara terus kukuh daripada sebarang ancaman.

Katanya, beliau berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkait aktiviti penyeludupan dan pencerobohan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Zamsari berkata, selain itu rondaan agresif turut dilakukan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah dan penyeludupan.

Katanya, rondaan itu melibatkan lokasi ‘panas’ sering menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan.

“Dron turut digunakan untuk mengenalpasti ancaman dan mengesan pergerakan penyeludup sekaligus memudahkan lagi operasi dijalankan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI