fbpx

463 keluarga sekitar Pulau Gaya terima lebih satu tan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koh Chung Jade (dua dari kanan) dan Mohammad Taufik (tiga dari kanan) menyampaikan ayam serta bakul makanan untuk ditukar dengan sampah yang dikutip sempena Misi Jelajah Kasih Pulau Gaya di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Seramai 463 keluarga sekitar Pulau Gaya menerima lebih satu tan ayam bulat sejuk beku sempena Misi Jelajah Kasih Pulau Gaya.

Pengarah Urusan Jetsin Sendirian Berhad, Koh Chung Jade berkata, pihaknya menyumbangkan kira-kira 1,000 ekor ayam bagi program itu sebagai salah satu barangan sumbangan selain pemberian bakul makanan.

Jade berkata, penerima sumbangan kebiasaannya hanya menerima bakul makanan terdiri barangan kering sahaja.

“Kita melakukan sedikit kelainan kali ini dengan memberikan dua ekor ayam bulat kepada setiap keluarga yang ada membabitkan beberapa kampung di pulau ini.

“Berharap penduduk di sini gembira menerima sumbangan ayam sejuk beku ini kerana kita faham ramai dalam kalangan penduduk Pulau Gaya terjejas sumber pendapatan sejak penularan wabak Covid-19.

“Selain itu, ayam bulat yang disumbangkan ini adalah dalam keadaan sejuk beku bagi mengelakkan ia cepat busuk selain ramai penduduk di pulau ini tidak memiliki peti sejuk,” katanya ketika ditemui media pada Misi Jelajah Kasih Pulau Gaya di sini tadi.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS), Mohammad Taufik Ismail menyatakan pendekatan utama program berkenaan adalah menukar sampah kepada bantuan bakul makanan meliputi penduduk terjejas akibat pandemik Covid-19.

Mohammad Taufik berkata, sebanyak dua tan sampah membabitkan 400 guni berjaya dikumpul dalam aktiviti berlangsung sehari itu. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI