fbpx

Sumbangan peralatan PPE untuk petugas barisan hadapan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA TUDM membuat persiapan bagi penghantaran peralatan PPE yang disumbangkan Nadma untuk petugas barisan hadapan di Sabah, pagi tadi.

PETALING JAYA- Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyerahkan pelbagai jenis peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan yang terlibat dalam Ops Benteng di Sabah.

Penyerahan ini merangkumi pelbagai jenis peralatan seperti 750,000 pelitup muka, 8,000 botol 500 mililiter(ml) cecair pembasmi kuman dan 8,000 pelindung muka.

Acara penyerahan simbolik peralatan PPE oleh Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr. Aminuddin Hashim kepada Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah diadakan buat julung kalinya di Cawang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, Selangor pagi tadi.

“Keperluan kelengkapan PPE ini akan dihantar dengan menggunakan pesawat A400M TUDM ke tiga daerah di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan pagi ini.

“Peralatan PPE tersebut akan diagihkan kepada 12 agensi NTF yang sedang melaksanakan tugas Ops Benteng di tiga daerah tersebut. Proses pemunggahan, penghantaran dan penyimpanan peralatan PPE ini telah dilakukan semalam bertempat di Stor Depot Sungai Buloh, Selangor dan Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Markas NTF hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Wakil Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Brigedier Jeneral Dr. Mohammed Haizar Haron dan Komander Pangkalan Subang, Brigedier Jeneral Omar Dawami. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI