fbpx

Shilton sukar maafkan Maradona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILTON mengakui kekalahan England kepada Argentina terutama jaringan ‘Hand of God’ Maradona menghantui hidupnya untuk tempoh yang lama. – AFP

LONDON – Bekas penjaga gol England, Peter Shilton menyifatkan Diego Maradona sebagai seorang yang kurang semangat kesukanan kerana enggan memohon maaf selepas bertindak menjaringkan gol menggunakan tangan pada Piala Dunia 1986.

Peristiwa ‘Hand of God’ terkenal di seluruh dunia selepas Maradona melompat tinggi untuk menolak masuk bola menggunakan tangan ke dalam gawang gol England yang dikawal Shilton sewaktu aksi suku akhir Piala Dunia 1986 di Mexico sekali gus menyaksikan pasukannya tersingkir.

Shilton masih terkilan dengan insiden tersebut kerana Maradona sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau sengaja berbuat demikian, namun tidak pernah meminta maaf kepada barisan pemain Piala Dunia 1986 England.

“Maradona seorang yang sangat hebat, banyak kebaikan dalam dirinya tetapi sayangnya kurang semangat kesukanan. Kebanyakan pemain dalam skuad England yang beraksi di Mexico merasakan perkara yang sama.

“Saya tidak kisah apa orang kata kerana gol pertama Maradona itu telah memberikan kemenangan kepada Argentina. Saya mengakui peristiwa itu telah menghantui kehidupan saya untuk tempoh yang lama,

“Kadang-kadang pemain melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Saya harap ia tidak akan mencemarkan legasi yang ditinggalkan Maradona,” kata Shilton.

Selain ‘Hand of God’ itu, Maradona turut menjaringkan satu lagi gol untuk kemenangan 2-1 Argentina ke atas England yang meraih gol saguhati menerusi Gary Lineker pada aksi suku akhir Piala Dunia 1986 lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI