fbpx

Polis cekup lelaki terlibat kes ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Yamaha 135LC yang dirampas polis susulan tangkapan seorang lelaki di Segambut, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang disyaki aktif melakukan jenayah samun dan ragut diberkas polis melalui Ops Cantas yang dijalankan di Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan kira-kira pukul 9 malam dan turut dirampas adalah sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Hasil siasatan awal, suspek turut mendedahkan terlibat dalam dua kes ragut telefon bimbit di sekitar Brickfields pada hari yang sama (semalam).

“Kejadian pertama melibatkan mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun dengan kerugian anggaran RM3,000 dan seorang lagi mengsa lelaki 27 tahun rugi RM4,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, polis percaya dengan tertangkapnya suspek itu berjaya menyelesaikan beberapa kes ragut di sekitar Brickfields.

“Suspek kini direman selama lima hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Polis akan terus kekal fokus bagi memastikan keselamatan orang awam. Sebarang informasi berkaitan jenayah boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22979222,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI