fbpx

Persidangan Perhimpunan Agung Bersatu esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung esok diadakan secara maya melalui sidang video.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kepimpinan parti dan para perwakilan akan bersidang dari lokasi-lokasi yang berbeza.

“Antara agenda penting cadangan pindaan kepada perlembagaan parti yang bertujuan memperkasa, mengemaskini dan menyelaraskan struktur parti, kepimpinan dan proses pemilihan barisan pemimpin.

“Sebagai forum tertinggi tentang hal ehwal parti, PAT ini tentulah akan dimanfaatkan untuk membincangkan dasar dan halatuju parti, lebih-lebih lagi dalam suasana politik mutakhir.

“Saya menyeru semua kepimpinan dan perwakilan ke PAT untuk sama-sama menyumbang kepada usaha pemerkasaan parti sambil
menghayati wawasan pucuk pimpinan khasnya Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ronald berkata, perkembangan mutakhir politik tanah air meyakinkan Bersatu bahawa
kepimpinan Muhyiddin disokong oleh kebanyakan rakyat.

Menurut beliau, perkara itu terbukti apabila Gagasan Rakyat Sabah (GRS) menang Pilihan Raya Negeri Sabah dan Dewan Rakyat
meluluskan pada peringkat dasar Rang Undang-Undang untuk Belanjawan 2021.

Selain itu, kata beliau, beberapa kaji selidik dan kajian pendapat awam juga menunjukkan tahap sokongan rakyat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) berada di tahap yang tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI