fbpx

Peragut diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari rakaman kejadian cubaan meragut di Taman Kamariah, Gombak semalam.

GOMBAK – Seorang lelaki menjadi buruan polis selepas perbuatannya cuba meragut beg tangan seorang wanita dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di Taman Kamariah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, berdasarkan rakaman tersebut, kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.15 pagi semasa mangsa seorang wanita berusia 37 tahun cuba menyeberang jalan sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang menunggang motosikal dari arah belakang.

“Suspek yang menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah dilihat menarik beg tangan mangsa tetapi mangsa sempat melawan dan menarik semula beg tangannya dan menyebabkan talinya terputus.

“Selepas itu, suspek kemudiannya terus melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerugian akibat daripada kejadian itu.

“Kes disiasat di bawah seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Atikah di talian 03-6126 2222,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI