fbpx

Pentadbiran kerajaan negeri Kelantan beroperasi sepanjang PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pentadbiran kerajaan negeri beroperasi sepenuhnya meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di negeri Kelantan bermula 21 November hingga 6 Disember depan.

Kerajaan negeri dalam satu surat rasmi yang dikeluarkan semalam berkata, pentadbiran kerajaan negeri beroperasi sepenuhnya dengan seramai 70 peratus penjawat awam berada di pejabat.

Menurut surat itu, ketua jabatan perlu memastikan perkhidmatan asas jabatan tidak terjejas dan dapat dicapai oleh pelanggan.

“Sebahagian pegawai lagi akan diarahkan atau disarankan untuk bekerja dari rumah dengan mengikut peraturan ditetapkan iaitu perlu sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Selain itu, penjawat awam sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh ketua jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain dan sentiasa memastikan boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja,” katanya.

Menurut surat itu lagi, ketua jabatan juga diminta supaya menyesuaikan dan melaksanakan kaedah operasi perkhidmatan di jabatan agensi masing- masing.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pelaksanaan operasi pentadbiran kerajaan negeri sepanjang PKPB.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI