fbpx

Neville anggap EPL harungi musim pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO berjaya mengemudi Spurs berada di puncak liga ketika ini termasuk melakar beberapa kejutan pada awal musim ini. – AFP

LONDON – Bekas bintang Manchester United, Gary Neville mengakui terpaksa menukar jangkaannya mengenai pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Beliau yang juga pengulas bola sepak ketika ini menjangkakan Liverpool mampu untuk mengulangi magis seperti yang dilakukan musim lalu apabila mengumpul kutipan mata yang banyak pada awal musim untuk me­ninggalkan lawan mereka tetapi perkara itu tidak berlaku.

Selain itu, Manchester City yang dijangka mahu menebus kegagalan musim lalu juga dilihat terus tertekan apabila menduduki tangga ke-13 liga selepas melalui saingan awal musim yang tidak stabil.

Neville percaya, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp perlu memberikan perhatian terhadap Tottenham Hotspur dan Chelsea sekiranya beliau mahu memastikan kejuaraan terus kekal di Anfield.

“Kita seronok bercakap mengenai pertembungan antara Chelsea dan Spurs minggu ini.

“Ia musim yang sangat menyeronokan. Kami fikir Chelsea akan mendominasi awal musim kerana mereka melabur wang yang banyak, pemain muda dan ia pastinya menarik.

“Tidak ada orang yang pernah fikir bahawa Jose Mourinho dan Frank Lampard akan bersaing untuk mendapatkan kejuaraan musim ini. Saya juga berfikiran begitu.

“Saya fikir ia sekali lagi akan menjadi musim untuk Liverpool dan City. Aksi goyah City dalam beberapa minggu pertama menyebabkan saya berkata bahawa Liverpool bakal mendapat laluan mudah tetapi krisis kecederaan yang mereka alami menyebabkan ia sulit buat mereka,” katanya.

Jelasnya, biarpun Spurs dilihat berpeluang untuk mencipta sejarah merangkul kejuaraan musim ini, Neville tidak dapat menerimanya dan percaya bahawa tahap pasukan itu masih jauh berbanding Liverpool.

“Ini musim yang pelik. Saya tidak fikir tahap Spurs menyamai Liverpool. Kita akan saksikan apa lagi perkara pelik yang akan bakal berlaku.

“Liverpool berdepan masalah kecederaan. Bermakna mereka akan keciciran lebih banyak mata berbanding musim lalu,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI