fbpx

Lelaki umpan gula-gula sebelum nodai kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit kes rogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam kejadian berhampiran Jalan Tuaran Bypass.

KOTA KINABALU – Seorang lelaki mengumpan gula-gula sebelum menodai seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam kejadian berhampiran Jalan Tuaran Bypass di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa dikatakan keluar berseorangan untuk pergi ke rumah ibu saudara yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun, mangsa ditahan suspek berusia 25 tahun ketika dalam perjalanan balik dan meminta kanak-kanak itu mengikutnya dengan memberikan gula-gula.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek membawa kanak-kanak berkenaan ke sebuah pondok di kawasan hutan kira-kira 300 meter dari rumah mangsa.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa yang ketakutan terus menangis dan memberitahu dia mahu pulang ke rumahnya.

“Suspek kemudiannya menghalang mangsa sebelum menunjukkan sebilah pisau, mengakibatkan mangsa yang ketakutan terus menangis di dalam pondok berkenaan.

“Suspek bertindak mencium kanak-kanak perempuan terbabit sebelum merogolnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Habibi berkata, suspek kemudiannya membenarkan kanak-kanak terbabit pulang selain diberikan wang sebanyak RM5 dan mengarahkan agar tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada bapa mangsa.

“Bagaimanapun, sebaik sampai di rumah, mangsa terus menceritakan kejadian yang menimpanya kepada ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat.

“Siasatan lanjut telah dijalankan, manakala mangsa turut dirujuk kepada doktor pakar yang mengesahkan terdapat kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa.

“Polis berjaya menahan suspek di kawasan Wisma YLY, Inanam kira-kira 25 jam selepas laporan dibuat,” katanya.

Habibi menyatakan, hasil soal siasat, suspek mengaku merogol mangsa dan ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis methapetamine.

Suspek ditahan reman sehingga 3 Disember depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI