fbpx

Kes kembali empat angka, dua kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini kembali kepada empat angka dengan 1,109 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 61,861 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat dua kematian baharu hari ini melibatkan dua lelaki berusia 47 dan 64 tahun di Sabah dan Labuan, menjadikan kes kematian terkini berkaitan Covid-19 sebanyak 350 kes.

“Selain itu, kes sembuh hari ini mencatatkan sebanyak 1,148 kes iaitu melebihi kes baharu sekali gus jumlah kumulatif kes sembuh Covid-19 sebanyak 50,204 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 113 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 41 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI