fbpx

Keputusan tak sokong undi belah bagi supaya Belanjawan dapat diteliti- Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, keputusan untuk tidak bangun bagi menyokong undi belah bagi semasa penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dibuat agar Ahli-Ahli Parlimen dapat meneliti secara terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan.

Katanya, beliau membuat keputusan berkenaan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip parti pembangkang tidak berbuat demikian.

“Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.

“Perlu saya nyatakan di sini bahawa dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia belum pernah suatu belanjawan dipinda dengan jumlah atau dengan cara seperti ini. Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk melanggar duluan Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan sebahagian besar Ahli-Ahli Parlimen PH yang tidak bangun untuk undi belah-bahagi yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen untuk dijalankan, selepas penggulungan Belanjawan 2021 dibuat Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

Katanya, Ahli-Ahli Parlimen berhak mempersoal antaranya, sama ada peruntukan-peruntukan tersebut adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana Kementerian lain, jumlah sebenar Belanjawan, serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan.

“Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari KWSP dan moratorium bank juga perlu diteliti,” katanya.

Jelas beliau, rakyat Malaysia terutama dari kalangan yang cukup terkesan akibat kehilangan kerja atau pendapatan menerima baik pengumuman Menteri Kewangan tersebut beserta peruntukan tambahan bagi Sabah, golongan nelayan dan petani, petugas barisan hadapan Covid-19 dan para pekerja yang mengharapkan bantuan segera. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI